Tidur Berlebihan
Sukar tidur dipanggil “insomnia” dan kita semua tahu yang ia tidak bagus untuk kesihatan tubuh badan kita. Lawannya iaitu terlebih tidur (oversleeping) dipanggil “hypersomnia”.
Tidur adalah suatu keperluan untuk merehatkan badan dan minda. Namun, tidur yang berlebihan ada kesan buruknya pada kesihatan kita. Sebaiknya, tidur tidak boleh lebih dari 9 jam setiap malam.
Tidur adalah suatu keperluan untuk merehatkan badan dan minda. Namun, tidur yang berlebihan ada kesan buruknya pada kesihatan kita. Sebaiknya, tidur tidak boleh lebih dari 9 jam setiap malam.
Apakah sebab yang menjadi punca kepada tidur yang berlebihan?
• Sleep apnea,
Ia merupakan sejenis gangguan tidur di mana seseorang itu berhenti bernafas beberapa saat semasa tidur. Hal ini menyebabkan seseorang itu tidak puas tidur dan memerlukan tidur yang lebih lama.
Ia merupakan sejenis gangguan tidur di mana seseorang itu berhenti bernafas beberapa saat semasa tidur. Hal ini menyebabkan seseorang itu tidak puas tidur dan memerlukan tidur yang lebih lama.
• Narcolepsy
Masalah neurology iaitu Narcolepsy juga boleh jadi penyebab kepada tidur berlebihan. Ia mempengaruhi bahagian otak yang mengawal dan mengatur tidur kita. Pesakit narcolepsy gagal untuk membezakan waktu untuk tidur dan waktu untuk berjaga. Mereka ini akan mudah tertidur di mana sahaja tanpa mengira masa.
• Stress dan kemurungan (depression)
Kedua-dua keadaan ini juga menjadi penyebab kepada tidur berlebihan dan menyebabkan banyak gangguan kesihatan.
• Keletihan
Keletihan akibat bekerja terlalu kuat, gangguan tidur atau kekurangan tidur adalah juga punca tidur berlebihan. Kita cenderung untuk tidur lebih lama, lebih dari 9 jam dengan harapan ia dapat menghilangkan keletihan di badan.
Apakah kesan tidur berlebihan ke atas kesihatan kita?
• Diabetes.
Kajian mendapati, individu yang tidur lebih 9 jam setiap malam, mempunyai risiko sebanyak 50% untuk menghidapai penyakit diabetes. Kajian juga mendapati, tidur berlebihan merupakan suatu petanda bagi gangguan kesihatan disebabkan oleh penyakit diabetes.
• Obesiti.
Individu yang tidur berlebihan selama 9-10 jam setiap malam, mempunyai peluang sebanyak lebih 21% untuk mengalami obesity.
• Sakit jantung.
Wanita yang tidur lebih 9 jam setiap malam mempunyai risiko sebanyak 38% untuk terkena penyakit jantung.
• Sakit kepala.
Mereka yang tidur terlalu lama pada siang hari sering mengalami gangguan ketika hendak tidur pada malam harinya sehingga menyebabkan sakit kepala pada keesokan hari.
• Kematian.
Beberapa kajian menemui, individu orang yang tidur sembilan jam atau lebih tiap malam memiliki kadar kematian lebih tinggi daripada mereka yang tidur tujuh hingga lapan jam setiap malam.
No comments:
Post a Comment