Sunday, January 13, 2013

Tidur dapat membuat kita awet muda


Tidur Untuk Awet Muda

Pelbagai cara yang anda lakukan untuk menjaga awet muda. Namun tahukah anda, bahawa dengan tidur juga dapat menjamin awet muda dan kesihatan anda. Bagaimanakah itu boleh berlaku? lihat ulasannya di bawah ini!

1.Kulit

Semasa tidur, tubuh menghasilkan hormon pertumbuhan manusia (human growth hormone/HGH) dan melatonin. Fungsi kedua-dua hormon ini berkaitan dengan kecantikan.
Antaranya untuk memperbaiki sel-sel tubuh, mencegah penuaan diri dan meremajakan kembali jaringan-jaringan tubuh yang telah haus. Kerana itu jangan hairan apabila terdapat perbezaan yang jelas antara kulit orang yang cukup tidur dengan yang kurang tidur. Seseorang yang kurang tidur akan kelihatan lebih tua dari usia sebenarnya. Sementara yang cukup tidur nampak lebih segar.

2.Mata

Mata adalah sensor pertama manusia bagi memulai hari. Begitu mata melihat cahaya terang di pagi hari, ia akan mengarahkan tubuh untuk memulakan aktiviti. Dalam sehari otot-otot di sekitar mata akan bergerak-gerak ribuan kali mengikut ekspresi wajah. Sedih, gembira, berkerut, ketawa semuanya melibatkan tarikan otot-otot sekitar mata. Sebab itulah, tanda-tanda penuaan salah satunya ada di kerutan sekitar mata. Jadi untuk memastikan otot-otot itu punya waktu istirehat yang cukup setiap hari, tidur sangat diperlukan. Bagi sesetengah orang, cahaya mempengaruhi cepat atau lambatnya seseorang tidur di samping keselesaan. Ada yang tidur dengan suasana lampu dipasang dan ada juga yang tidur dalam keadaan gelap.

3.Paru-paru

Sama ada dalam keadaan jaga mahupun tidur, udara akan masuk ke dalam tubuh melalui mulut dan hidung, mengalir ke saluran pernafasan dan kemudian ke paru-paru. Apabila udara mengalir dengan baik ke paru-paru, maka fungsi organ ini juga akan berfungsi dengan baik.

No comments:

Post a Comment